Secara tersirat mungkin boleh dikatakan Beyonce Knowles sedang 'menakluki' Australia.

Sebuah bangunan pencakar langit setinggi 68 tingkat sedang dipersiapkan untuk dibina di Melbourne, Australia oleh firma arkitek Elenberg Fraser.

Selain kelihatan begitu gah, bangunan berkenaan juga amat mudah mencuri perhatian kerana bentuknya yang berkeluk secara ketara.

Untuk lebih jelas, bentuk itu bukanlah keluk biasa, malah seolah-olah susuk tubuh Beyonce.

 

PREMIER TOWER: 134-160 Spencer Street, Melbourne, VIC.

A photo posted by E L E N B E R G F R A S E R (@elenberg_fraser) on

Dikenali sebagai Menara Premier bangunan itu dijangka siap dalam tempoh 40 bulan akan datang.

Media Australia, News.com melaporkan bangunan itu direka sebegitu disebabkan pertimbangan sains.

Kenyataan Elenberg Fraser menyebut bentuk bangunan yang direka itu adalah cara paling berkensan untuk mengagihkan ruang serta memberi kesan terbaik untuk penstrukturan serta pengedaran udara.