Model seksi Vitalia Sesha ditahan kes dadah
Model seksi Vitalia Sesha dilaporkan ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
“Benar, Vitalia dan enam rakannya ditangkap di Hotel di Ancol,” kata Pegawai Perhubungan Awam Pesuruhjaya Polis M Iqbal, lapor Detik.
Pemilik nama sebenar Andi Novitalia ini lebih dikenali sebagai Vitalia Sesha atau Vitalia Sesya, sering muncul berpakaian feminin hingga menampakkan susuk tubuh di dada majalah dewasa Indonesia.
Kisah Model Seksi Vitalia Sesha, Lepas dari Fathanah Kini Terjerat Narkoba
http://t.co/SofV1r9PIH
— detikcom (@detikcom)
July 14, 2015
Dalam perkembangan terbarunya wanita berusia 29 tahun itu mula menjinakkan diri menjadi penyanyi dangdut dan baru melancarkan single berjudul “Pacaran Jarak Jauh” tahun ini.
Satu ketika dahulu, nama Vitalia tiba-tiba hangat diperkatakan selepas terbabit dengan ahli politik Parti Keadilan Sejahtera Ahmad Fathonah dalam kes rasuah import daging lembu.
Sejak itu, dia sering tampil dalam rancangan televisyen, sinetron, dan video klip hingga membintangi filem.
“Penangkapan itu dilakukan oleh polis Pademangan,” kata Iqbal.
Bagaimanapun, Iqbal tidak menjelaskan maklumat dengan lebih lanjut.
Sebelum Vitalia ditangkap, dia sering memuat naik dalam akaun Instagramnya petikan kata sahabat nabi Umar Khattab, ibadah puasa dan mengenakan tudung.

