Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Banyak air mata tumpah kerana Bajrangi Bhaijaan
Diterbitkan:  Jul 23, 2015 12:35 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Bukan seorang dua, tetapi ramai yang mengalirkan air mata menyaksikan filem terbaru Salman Khan, Bajrangi Bhaijaan.

Ketika pengkritik berbelah bagi menilai filem arahan Kabir Khan itu, mereka bagaimanapun bersetuju mengenai satu perkara - lakonan Salman memang mantap.

Kalangan penonton pula menganggap kebolehan ditunjukkan Salman, 49, dalam Bajrangi Bhaijaan adalah yang terbaik setakat ini.

Ketika tayangan berlangsung di sebuah pawagam di India, terdengar esakan penonton, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Suzi.

"Saya sayangkan Salman," katanya dalam klip video tersebar di Internet selepas menyaksikan filem berkenaan.

Aktres Aditi Rao Hydari juga amat terkesan dengan cerita berkenaan.

Melalui Twitter, dia menulis: "Looooooooved #BajrangiBhaijaan wept buckets, laughed lotsssss... @kabirkhankk you're awesome,super awesome &you made the perfect movie!"

Satu lagi tokoh yang menitiskan air mata ialah Aamir Khan yang menyaksikan tayangan filem itu bersama rakannya pada 18 Julai lalu.

Malah Aamir terpaksa mengelap matanya dengan sapu tangan.

Bajrangi Bhaijaan turut dibintangi Kareena Kapoor dan Nawazuddin Siddiqui dan filem besar Salman kelapan.

Ia mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bisu tersesat di India dan dibantu seorang lelaki yang mencari jalan membawa dia pulang ke negara asalnya, Pakistan.

Filem itu berjaya mengatasi rekod dicatat Shah Rukh Khan melalui filem Happy New Year dan Aamir Khan ( Dhoom 3 ) dengan kutipan tiket R1.5 bilion (RM90.3 juta) hanya untuk tempoh lima hari tayangan.

Lihat Komen
ADS