Selepas memuji - dan mengagumi - bapanya Datuk Siti Nurhaliza menunjukkan sikap mesra dengan si anak, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam kemas kini di Instagram dan Twitter, penyanyi Percayalah itu bergambar bersama Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah.

Turut bergambar ialah suami Siti, Datuk Khalid Mohd Jiwa dan isteri Mukhriz Datik Seri Norzieta Zakaria.

Mengiringi gambar itu ialah pujian spontan Siti: Hehehe..MB paling sempoii.

 

Hehehe..MB paling sempoii..👍by @mukhrizmahathir "Siti in da haus!" via @PhotoRepost_app

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Gambar itu sebenarnya adalah suasana majlis rumah terbuka diadakan Mukhriz di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, Alor Setar Kedah.

Ia dirakam Mukhriz dan dimuat naik di akaun Instragram beliau sebelum diulang siar Siti.

Mukhriz turut memuat naik gambar selfie beliau bersama penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Sebelum ini Siti adalah antara sebahagian daripada artis yang secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Tun Dr Mahathi r Mohamad dalam menghadapi isu semasa negara .

Ketika Dr Mahathir menyatakan dia keseorangan, Siti tampil secara terbuka menunjukkan sokongannya kepada bekas perdana menteri itu.

 

JA in da haus too!

A photo posted by Mukhriz Mahathir (@mukhrizmahathir) on