Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Luna Maya, buah hati bercanda di pantai Greece
Diterbitkan:  Jul 25, 2015 2:26 AM
Dikemaskini: 6:31 PM

Ada sesiapa yang sudah lupa kepada Luna Maya?

Ini ada berita terbaru mengenai wanita yang pernah terpalit dalam skandal atas ranjang dengan vokalis kumpulan Noah, Ariel.

Tidak seperti kebanyakan penduduk Indonesia yang pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri, Luna Maya, 31, sebaliknya menyonsong arus.

Dia yang terkenal sebagai pelakon serta penyanyi meluangkan masa ke Greece.

Dan Luna Maya tidak bersendirian di Pulau Mykonos di Laut Aegean itu. Bersama Luna Maya ialah seorang lelaki yang kini mengisi hatinya.

Bagaimanapun identiti sebenar lelaki terbabit masih dirahsiakan.

Mykonos adalah sebahagian daripada gugusan Kepulauan Cyclades dan memang popular sebagai lokasi percutian selebriti antarabangsa.

Sebahagian daripada aktiviti Luna Maya dimuat naik di akaun Instragramnya.

Sumber berkata, lelaki yang menambat hati Luna Maya itu ialah pegawai atasan syarikat Global Mediacom di Indonesia.

Melalui gambar yang dimuat naik itu, ramai peminat membandingkan Luna Maya dengan Ariel dan buah hati terkininya, Sophia Latjuba.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS