Pasha nak bertanding pilihan raya
Seorang lagi selebriti bersiap sedia menjadi politikus secara langsung.
Menjelang pemilihan ketua daerah Disember ini Pasha berkunjung ke agensi antirasuah Indonesia untuk membuat pengisytiharan harta sebagai prasyarat menyertai pemilihan.
"Saya membuat pengisytiharan ini untuk bertanding sebagai Ketua Daerah Palu," katanya.
Selain jawatan presiden dan wakil rakyat, Indonesia melaksanakan pemilihan langsung bagi melantik ketua kerajaan tempatan.
Individu yang layak boleh bertanding melalui mana-mana parti berdaftar dan pengundi akan memilih mereka dalam pilihan raya kerajaan tempatan.
Di semua peringkat ada ramai artis sudah menduduki jawatan melalui amalan itu, sama ada sebagai ahli parlimen, wakil di peringkat wilayah dan daerah.
Menurut vokalis kumpulan Ungu dilihat memakai kemeja berbunga ketika mendaftarkan kehadirannya di pejabat berkenaan.
Pasha - atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said - berkata dia sengaja membuat pengisytiharan harta awal.
Secara tidak langsung, katanya, dia dapat mempelajari cara yang betul membuat prosedur berkenaan.
Beliau akan bertanding menggunakan tiket Parti Amanat Nasional.

