Bagi jutaan kanak-kanak di seluruh dunia, Harry Potter seorang ahli sihir sebaya mereka yang mengalahkan kejahatan.

Bagaimanapun, mereka mungkin terkejut apabila mengetahui Harry kini sudah menjadi lelaki dewasa.

Bagi peminat fanatik Harry Potter, mereka tidak akan menganggap kanak-kanak berkaca mata dengan tongkat sihir di tangan itu dilahirkan pada 31 Julai 1980.

Lebih menarik, tarikh lahir Potter sebenarnya sama dengan pencipta watak fiksyen itu, JK Rowling, yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada tarikh sama.

Berbeza dengan Potter yang menyambut ulang tahun ke-35, Rowling bagaimanapun sudah mencecah usia emas 50 tahun.

Rowling tidak menyatakan dengan jelas tahun kelahiran sebenar Potter dalam novel itu, yang mungkin mengelirukan peminatnya di seluruh dunia.

The Mirror melaporkan ribuan pengguna media sosial mengucapkan selamat kepada Rowling dan Potter.

"Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran  kepada saya dan Harry.

“Saya menikmati waktu yang menakjubkan hari ini dengan keluarga dan kawan-kawan," katanya.