Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Diberitakan meninggal, Hazami sesak nafas 2 jam
Diterbitkan:  Aug 17, 2015 4:13 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

"Saya terkejut hingga sesak nafas selama dua jam selepas diberitakan meninggal dunia.”

Begitu jelas penyanyi Hazami, mengulas laporan kononnya beliau telah meninggal dunia komplikasi usus Rabu lalu.

Realitinya, Hazami beransur pulih selepas menjalani rawatan pendarahan usus di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya.

Dia kini sedang berehat di rumah ibunya di samping meneruskan rawatan susulan.

Menjelaskan kejadian terbabit, Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 40, terpaksa berhadapan dengan cabaran lebih besar membabitkan status kesihatannya.

“Bahagian paling mencabar adalah saya perlu meredakan rakan dan peminat yang susah hati.

“Abang saya menerima begitu banyak panggilan pada malam kisah itu menjadi viral ,” katanya kepada Malaysiakini.

Doktor sebelum ini mengesahkan Hazami menghidapi komplikasi usus hingga perlu dibedah.

Pada dinding usus Hazami terdapat sekurang-kurangnya 50 kantung darah. Kantung darah yang pecah kemudiannya mengalami luka hingga darah meleleh begitu banyak tanpa henti.

Menurut Hazami, jika lewat mendapat rawatan, penyakit itu boleh mendatangkan kanser.

Bertarung nyawa

Penyanyi yang popular dengan lagu “Sonata Musim Salju” itu berpendapat, spekulasi terbabit hanya menambah beban kepada dirinya yang baru lepas bertarung nyawa.

“Saya perlu menggunakan segala kudrat dan tunjukkan pada masyarakat untuk lebih cepat sembuh,” katanya.

Hazami bukanlah artis pertama yang pernah diberitakan sudah meninggal dunia.

Apabila terpalit dengan spekulasi melampau itu, Hazami menggesa penulis ruangan media sosial tidak mensensasikan sesuatu yang amat sensitif.

“Apabila ia dikongsi oleh orang ramai yang jenis hanya baca tajuk, ia hanya menambah salah faham,” katanya.

Terdahulu, sebuah blog memuat naik status mengajak orang lain menyedekahkan bacaan al-Fatihan kepada penyanyi itu.

 

Mungkir Bahagia oleh Hazami

Posted by Malaysiakini (BM Version) on Monday, 17 August 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS