Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Dhani mahu anak dari Mulan lagi
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 3:22 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Ahmad Dhani mahu anak lagi. Justeru, isterinya - Mulan Jameela - berusaha memenuhi.

Sebagai langkah merealisasikan keinginan si suami, Mulan, 36, mendapatkan bantuan doktor pakar.

Sejak Ahmad Dhani, 42, berkahwin dengan Mulan, mereka sudah dikurniakan seorang anak, Safeea.

Selepas tiga tahun, Ahmad Dhani berpendapat sudah tiba masanya untuk Feea - nama panggilan Safeea - mendapat adik.

Kata Mulan, bulan lalu suaminya menyatakan hasrat untuk mendapat zuriah lagi.

Penyanyi bernama asal Raden Terry Tantri Wulandari itu berkata, dia tidak keberatan memenuhi keinginan Ahmad Dhani.

"Kini dalam proses untuk hamil. Bidan dan doktor pakar sudah datang ke rumah kami untuk memberikan pandangan," katanya dilaporkan media tempatan hari ini.

Sementara itu, Mulan menjelaskan, sama seperti anak pertama Ahmad Dhani berharap zuriat keduanya juga seorang perempuan.

Mulan bukan satu-satunya wanita menjadi isteri penyanyi kumpulan Dewa19 itu. Sebelum ini dia berkahwin dengan Maia Estianty dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad Abdul Qadir Jilani dan El Jalaluddin Rumi.

Di pihak Mulan pula, dia pernah berkahwin dengan Harry Indra Nugraha dan dikurniakan dua anak iaitu Tyarani Savitri dan Muhammad Rafly Aziz.

Maia dan Mula pernah bergandingan dalam kumpulan Ratu yang 'dibidani' sendiri oleh Ahmad Dhani.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS