Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pada Sofyan Dian terhutang budi
Diterbitkan:  Sep 10, 2015 1:34 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Nama Sofyan D Surza mungkin tidak begitu dikenali di negara ini namun ketika khabar mengenai sutradara itu meninggal dunia, Dian Sastrowardoyo adalah antara selebriti yang paling sedih.

Bagi Dian, jasa Sofyan begitu besar kerana tokoh itulah yang banyak menurunkan ilmu lakonan kepadanya.

Perkenalan dan hubungan Dian dengan Sofyan bermula sejak dia berlakon filem Pasir Berbisik pada 2001.

"Jika ada sesiapa nak tahu orang pertama mengajar saya berlakon, itulah Sofyan de Surza. Dari gurun Dari gurun Parang Kusumo hingga Bromo dia yang mengajar saya mengumpulkan emosi untuk filem Pasir Berbisik ," katanya.

RIP Sofyan d Surza astrada AADC yang sekarang sudah jadi sutradara kondang (serial bajaj bajuri, dll). Bbrp waktu lalu saya sempet menghubungi dia lagi..., krn kepengen diskusi dan latihan sama dia lagi. Kalo mau ditanya siapa orang pertama yg ngajarin saya akting ya itu: Sofyan de Surza. Dari gurun Parang Kusumo sampe gurun Bromo di film Pasir Berbisik, itu dia yg mandorin saya ngumpulin emosi. Dia yg memotivasi saya, dia yang menyemangati saya pas saya udh nyerah.. Dan masih tehnik yg dia ajarin lah yg saya gunakan sampai skr. Oom Sofi, i owe you my whole career. Kalo nggak ada dia, Dian Sastro tuh gak ada. Semangat dan keceriaan oom Sofi akan selalu menjadi inspirasi aku pas lagi kerja. Semoga diterima amal baiknya oleh Allah SWT.🙏🏼🙏🏼🙏🏼

A photo posted by Dian Sastrowardoyo (@therealdisastr) on

Dalam Ada Apa Dengan Cinta , Dian sekali lagi bekerjasama dengan Sofyan yang bertindak sebagai penolong pengarah filem berkenaan.

Dian, 33, berkata dia mengenang Sofyan sebagai tokoh perfileman yang gigih menanamkan nilai motivasi dan tidak mengalah ketika berlakon.

"Dan teknik yang dia ajarkan masih saya amalkan hingga kini.

" Om Sofi. I owe you my whole career . Kalau enggak ada dia, Dian Sastro tuh enggak ada," tulis Dian lagi.

Sofyan - atau nama sebenarnya Sofyan Muhammad Dje meninggal dunia Selasa lalu akibat pendarahan otak dan dikebumikan di Malang, Jawa Timur.

Kata Dian, dia sempat berhubung dengan Sofyan untuk berbincang mengenai projek terbarunya, Ada Apa Dengan Cinta 2.

Selamat jalan Om Sofyan. Orang pertama dan so far terakhir yang membimbing aku reading dan acting Gak akan lupa serunya shooting Petualangan Sherina bareng astrada sesabar Om Sofyan. You're the funniest, you're the best Derby and I will miss you very much. 😢

A photo posted by SHERINA / SINNA (@sherinasinna) on

Walaupun tidak mendapat pengiktirafan seperti Garin Nugroho atau Riri Riza, ramai juga pelakon terkenal berasa terhutang budi kepadanya.

Seorang lagi aktres yang terhutang budi kepada Sofyan ialah Sherina Munaf, 25.

Ketika zaman kanak-kanak, Sherina sempat mendapat ilmu lakonan darpada Sofyan melalui filem muzikal Petualangan Sherina. Filem terbitan 2000 itu diarah Riri Reza.

Lihat Komen
ADS