Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Superstar' Rajinikanth mahu jumpa Najib
Diterbitkan:  Nov 2, 2015 1:59 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Pengurusan penggambaran filem membabitkan Rajinikanth menghantar permohonan untuk pertemuan bintang handalan India itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Abdul Malik Dasthigeer berkata, syarikatnya menyampaikan hasrat itu kepada Jabatan Perdana Menteri dan berharap menerima respon secepat mungkin, lapor The Star.

"Apabila perdana menteri mengesahkan tarikh, kita akan tunda proses penggambaran buat seketika.

"Mereka (Najib dan Rajnikanth) mahu bertemu antara satu sama lain. Kami harap ia akan berlaku," Abdul Malik dipetik sebagai berkata, hari ini.

Rajnikanth yang tiba di Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu dijadualkan berada di negara ini sehingga 21 November.

Beliau berada di Malaysia susulan terlibat dalam penggambaran filem Kabali yang dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Batu Caves dan Bandar Sunway.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS