Satu ketika, penyanyi Alanis Morissette mencetuskan fenomena aabila muncul dengan lagu Jagged Little Pill dan semalam, dia muncul dalam rancangan bual bicara bersempena meraikan 20 tahun album itu dikeluarkan.

Tidak saja muncul untuk dilihat peminat, penyanyi kelahiran Kanada dan berusia 41 tahun itu juga menyanyikan lagu popularnya - Ironic - yang diubah suai liriknya menjadi begitu kontemporari.

Dalam rancangan The Late Late Show dikendalikan James Corden, lagu berkenaan menjadi wadah bagi penyanyi kelahiran Ottawa menyampaikan pandangan tentang isu semasa yang memang dekat dengan masyarakat.

Dalam rakaman lagu itu, Corden tiba-tiba muncul dari belakang tabir menyertai Alanis yang baru memulakan nyanyian.

Gelagat mereka berdua berjaya mencuit hati penonton apabila mengenakan pakaian sama seperti topi, baju panas dan bertocang.

Lirik yang diubahsuai itu antaranya berkisarkan mengenai isu perkauman, Waze, vapor, Uber, Amazon dan Netflix.

An old friend sends you a Facebook request

And you only find out they are racist after you accept

There’s a free office cake on the first day of your diet

it’s like they announce the new iPhone the day after you buy it

and isn’t it Ironic?

Don’t you think?

It’s a snapchat that you wish you had saved

it’s a funny tweet that nobody faves

and who would’ve thought

it figures

it’s a traffic jam when you tried to use Waze.

A no smoking sign, when you brought your vape.

It’s like swiping left on your future soulmate.

It’s ten thousand male late night hosts

when all you want is just one woman seriously!

and isn’t it ironic?

Don’t you think?

A little too ironic

and yeah I really do think

It’s like you’re first class on a Southwest plane

then you realize that every seat is the same

It’s like Amazon but your package never came

and who would’ve thought

It figures

It’s like Netflix but you own DVDs

It’s a free ride, but your Uber’s down the street

It’s singing Ironic

but there’s no ironies

and who would’ve thought it figures

well life has a funny funny way of sneaking up on you…..

Jagged Little Pill adalah album ketiga Alanis yang diterbitkan oleh Maverick Records pada Jun 1995.

Ia menampilkan singles You Oughta Know, You Learn, Hand in My Pocket, Head Over Fee dan Ironic.

Sebagai artis wanita ketika itu, Alanis nyata memiliki keunikan vokal dan bijak menyalurkannya menerusi lirik yang ‘lantang’ dalam album itu.

Dia berjaya mengagumkan peminat dan mengungguli carta nombor satu di 10 negara dengan Jagged Little Pill. Antaranya di United Kingdom, Sweeden, Australia, New Zealand, Finland dan Belanda.

Di Kanada saja, ia berada di tangga nombor satu selama 24 minggu, manakala dalam US Billboard 200 selama 13 minggu berturut-turut.

Pada 2009, album itu terjual sebanyak 33 juta unit di seluruh negara dan berada pada kedudukan 100 teratas dalam senarai penjualan rekod sepanjang masa di kebanyakan negara.

Album itu mendapat sembilan pencalonan dalam Anugerah Grammy dan berjaya menggondol lima daripadanya, termasuk Album Rock Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik, Lagu Rock Terbaik ( You Oughta Know ) dan Album Terbaik.