Ed Sheeran 'ghaib' dari media sosial
Penyanyi Thinking Out Loud, Ed Sheeran, memutuskan untuk 'berehat' daripada media sosial tidak lama selepas dia mengakhiri konsert jelajahnya di New Zealand kelmarin.
Siri konsert berkenaan berlangsung selama kira-kira 16 bulan.
Sebelum mengundur diri - dikatakan bagi tempoh lama - Sheeran tetap memilih ruangan media sosial sebagai medium mengumumkan perkara itu kepada peminatnya.
Penyanyi berusia 24 tahun itu memuat naik status berkenaan menggunakan akaun Instagram, yang kii mempunyai pengikut seramai 5.5 juta.
Penyanyi berasal dari Britain itu menggambarkan dia ingin berhenti seketika daripada berhubung dengan dunia menerusi telefon, e-mel dan semua media sosial.
A photo posted by @teddysphotos on
Sheeran beranggapan, dunia yang sedang dijalani sekarang "tidak membabitkan komunikasi dua hala", sebaliknya hanya menerusi skrin.
“Saya mengalami perjalanan karier yang begitu mengagumkan sepanjang lima tahun ini.
“Tetapi saya mendapati, dunia ini dilihat hanya menerusi kaca peranti, bukan dengan mata kepala sebenar.
“Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengembara dan menyaksikan perkara yang saya ketinggalan selama ini,” katanya.
Terbaik setakat ini
Kerjaya Sheeran sebagai pemuzik bermula selepas berhenti sekolah pada usianya 16 tahun di West Yorkshire.
Selepas berpindah ke London Sheeran meneruskan kerjaya muziknya pada 2008 .
Sekitar 2011, Sheeran menghasikan secara bebas No 5 Collaborations Project yang menarik perhatian Elton John dan Jamie Foxx.
No 5 Collaborations Project adalah projek Ed Sheeran yang menggabungkan lima EP berbeza dirakam dengan harapan menarik perhatian syarikat rakaman.
Lagu dalam projek itu juga mengelak daripada menggunakan lirik mengenai wanita.
Sheeran digemari ramai dan penjualan albumnya mencatat taraf enam platinum di United Kingdom.
Dalam pada itu, Sheeran juga mengumumkan album ketiganya bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan menganggap ia adalah "terbaik pernah dihasilkan setakat ini".
Selain Instagram, Sheeran mempunyai sebanyak lebih 16 juta pengikut dalam Twitter.
Siri jelajah " X " (disebut multiply ) bermula di Jepun pada Ogos tahun lalu dan diteruskan hingga yang terakhir Sabtu lalu.
Menerusi wawancara dengan stesen radio Nova pada 7 November lalu, Sheeran mendedahkan dia dipaksa berehat agar kembali pulih daripada pembedahan telinga apabila pulang ke UK.
A photo posted by @teddysphotos on

