Julia Perez jual kereta untuk bantu bina masjid
Selebriti kontroversi Indonesia, Julia Perez, mahu mengabadikan sumbangan wakaf dengan membantu pembinaan masjid di Papua.
Lebih manis, penyanyi irama dangdut itu sanggup menjual sebuah kereta miliknya untuk menyempurnakan hasrat itu.
Dalam satu tulisan di akaun Instagram, Julia memuat naik gambar kereta jenis Land Rover model Range Rover dengan pelbagai sisi.
A photo posted by Juliaperez (@juliaperrezz) on
Julia yang lebih senang di panggil dengan nama Jupe itu meminta pengikut Instagramnya mendoakan hasrat itu berjaya dicapai.
"Bantu Jupe untuk tidak menjadi orang kedekut. Jupe mahu wakafkan kereta ini untuk pembinaan sebuah masjid di Papua (New Guine)," katanya pada kapsyen gambar tersebut.
"Hasil jualan (kereta) mahu didermakan. Minta (peminat) aminkan dan like, mohon dilancarkan semuanya," tambah pelantun lagu popular Aku Rapopo itu.
Pada gambar tersebut, Jupe turut menulis sepotong maksud hadis yang diriwayat oleh Imam Abu Daud.
"Jauhilah syuhh (terlalu kedekut), sesungguhnya syuhh membinasakan orang-orang sebelum kalian," tulisnya bekas mengidap kanser servik disertakan hastag #jihatmelawankikir.
Sementara itu, rata-rata peminatnya menyambut baik cita-cita mulia selebriti tersebut yang mahu menjual kereta dengan nombor pendaftaran “D22R” itu.
Malah, lebih 40,000 pengikut menyukai gambar keretanya tersebut dengan komen amin dan memuji tindakan Jupe.

