Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Talak tiga bukan satu ke atas Maia - Ahmad Dhani
Diterbitkan:  Dec 27, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: Dec 28, 2015 9:27 AM

Selepas hampir sembilan tahun berpisah akhirnya penyanyi Ahmad Dhani tampil menghuraikan kekusutan mengenai isu perceraiannya dengan Maia Estianty.

Menurut Ahmad atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo, 43, disebabkan terlalu banyak andaian dibuat, kisah yang sebenar gagal diketahui umum.

“Saya yang terlebih dahulu menjatuhkan talak kepada Maia.

“Bukan secara lisan tetapi menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS),” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Kenyataan Ahmad dirakam dan disiarkan menerusi akaun Youtube Deddy Corbuzier.

Ahmad adalah anak sulung daripada tiga beradik.

Dia menubuhkan kumpulan Dewa pada 1986 bersama tiga lagi rakannya iaitu Andra Junaidi, Erwin Prasetya, dan Henry Juniarso.

Kumpulan itu menukar nama Dewa kepada Down Beat kerana pengaruh genre jazz.

Bagaimanapun, kumpulan itu kembali kepada genre asal iaitu rock tetapi dengan vokalis baru Ari Lasso.

Ahmad berkahwin dengan Maia pada 1996 dan dikurniakan tiga anak lelaki yang diberi nama Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani.

Pasangan itu akhirnya memfailkan perceraian awal 2006 dan perkahwinan mereka dibatalkan pada 23 September 2008 oleh mahkamah syariah Jakarta Selatan.

Ahmad juga mendedahkan pada Ogos 2013, dia mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan secara rahsia dengan penyanyi Mulan Jameela.

Sebelum Ahmad memberi penjelasan, terdapat pelbagai spekulasi menyatakan Maia menceraikan anak kelahiran Surabaya, Indonesia itu di Jabatan Agama Islam Jakarta Selatan pada April 2007.

Kata Ahmad, perceraian menerusi SMS itu dianggap sah di sisi agama.

“Saya menceraikan Maia pada Disember 2006 dengan talak tiga.

“Bukan talak satu.

“Mulai hari ini, saya haramkan tubuh ini menyentuh tubuhmu.

“Penulis lagu cerainya harus kreatif dong,” ujarnya berseloroh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS