Pencipta filem Star Wars George Lucas dikatakan mengkritik episod terbaru filem itu- The Force Awakens dan penerbit filem francais tersebut, The Walt Disney .

Dalam rancangan temubual bersama hos televisyen Amerika Syarikat Charlie Rose, Lucas mengatakan beliau sangat mencintai Star Wars dan menganggap filem-filem berkenaan seperti "anak-anaknya".

Namun, Lucas yang telah mengarahkan empat filem Star Wars berterus terang mengatakan tidak menyukai filem terbaru arahan J.J. Abrams itu.

"Mereka ingin membuat film retro. Saya tak suka. Setiap filem yang saya buat, saya hasilkan dengan segala kerja keras untuk dilihat berbeza,"

"Saya membuat ( Star Wars ) sepenuhnya berbeza-besa. Beza planet, beza pesawat ruang angkasa demi segalanya terlihat baru," kata Lucas pada Rose.

Pada 2012, Lucas menjual Lucasfilm yang didirikannya pada 1970-an kepada Disney bernilai USD4 bilion. Sejak itu, hak memfilemkan produk Lucasfilm iaitu Star Wars dan Indiana Jones beralih kepada penerbit Mickey Mouse itu.

Ketika menjual Lucasfilm , Lucas dikatakan merancang untuk menulis dan mengarahkan trilogi baru Star Wars .

Bagaimanapun Disney tidak tertarik dengan idea Star Wars versi Lucas, dan beliau mengambil keputusan berundur diri.

"Mereka tak ingin saya terlibat, sebab jika saya ada di situ, saya hanya akan membuat masalah. Dan saya tak lagi dapat mengendalikan hal itu lagi," katanya.

"Dan saya kata, 'baiklah, saya berundur dan biarkan kalian bekerja sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Lucas kemudiannya memohon maaf selepas komennya menimbulkan kontroversi.

"Penjelasan saya tidak tepat dan menggunakan analogi sangat tidak sesuai dan untuk itu saya memohon maaf.

"Saya telah bekerja dengan Disney selama 40 tahun dan memilih mereka sebagai penjaga Star Wars kerana hormat saya untuk syarikat itu dan pemimpinnya (ketua eksekutif) Bob Iger," katanya.