Tokoh pengiklanan dan bekas penasihat perdana menteri Tan Sri Lim Kok Wing, terperangkap dalam perang Twitter selepas mengkritik imej ikon muzik David Bowie yang baru meninggal dunia.

Lim bagaimanapun mempertahankan kenyataannya di samping menyelar pengkritiknya sebagai “terlalu kurang ajar”.

I find it amazing some have chosen to be embarrassingly rude. I expressed an opinion. You don't have to agree. Why be so horribly rude?

— Limkokwing (@limkokwing) January 12, 2016

Beliau menjawab tweet oleh seorang pengguna maya bernama Rachel Guerzo: “Sesetengah orang fikir engkau (Lim) gila.”

Guerzo berkata demikian ketika membalas tweet Lim sebelum itu yang mempertahankan kritikannya terhadap gaya Bowie.

“David Bowie sudah meninggal dunia. Saya tidak pernah faham dengannya, kenapa dia warnakan muka dan pakai pakaian macam itu. Tetapi jelas sekali dia sungguh popular,” tulis Lim.

Selepas bergelut dengan penyakit kanser selama 18 bulan, penyanyi David Bowie meninggal dunia hari ini - hanya dua hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-69.

Pada Januari 1972 dalam temubual dengan sebuah majalah, Bowie secara terbuka mengakui dia seorang gay, menukar warna rambutnya menjadi perang dan berpakaian seperti wanita.

[Baca berita asal]