Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Azmil Mustapha masuk hospital, amat lemah
Diterbitkan:  Jan 15, 2016 2:36 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Pelakon Azmil Mustapha dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya akibat jantung tidak berfungsi secara normal.

Azmil atau nama asalnya Mohammad Azmil Mustapha, 63, adalah pelakon yang terkenal di era 80-an menerusi filem seperti Mekanik dan Ali Setan .

Status itu dimuat naik oleh adik Azmil, Aziph menerusi akaun Facebook miliknya pagi tadi.

"Semalam abang dimasukkan ke hospital. Keadaannya dilaporkan amat lemah.

"Selepas memastikan keadaan abang selamat, saya ke Langkawi untuk bekerja. Tetapi pukul 4 petang semalam dia mengadu dadanya teramat sakit," tulisnya.

Pihak hospital meminta anggota keluarga untuk berada dekat dengan abangnya.

Hal ini membuatkan Aziph bergegas pulang untuk melihat keadaan abangnya pada hari sama.

Bagaimanapun, hingga kini doktor belum mengemas kini keadaan sebenar dihadapi Azmil.

Menurut Aziph, walaupun tidak stabil tetapi masih terlalu awal untuk mengesahkan sekiranya berlaku serangan jantung.

Azmil kini bergantung pada alat sokongan hidup.

"Amat mendukacitakan apabila melihat orang tersayang terlantar di atas katil dengan alat bantuan hayat.

"Buat masa ini keadaan begitu sukar dan saya mohon semua mendoakan kesejahteraan abang saya," katanya.

Lihat Komen
ADS