Taylor Swift cipta sejarah di Grammy
Taylor Swift mempunyai alasan terbaik untuk bermegah-megah hari ini.
Album Taylor, 1989 , dipilih sebagai Album Terbaik Anugerah Grammy pada tahun ini.
Dia juga menjadi penyanyi wanita pertama memenangi anugerah itu sebanyak dua kali.
Sebentar tadi Taylor, 26, juga diangkat memenangi anugerah album pop terbaik dan dan video muzik terbaik melalui lagu Bad Blood.
Taylor mengatasi finalis lain iaitu Sound & Color (Alabama Shakes), To Pimp A Butterfly (Kendrick Lamar), Traveller (Chris Stapleton) dan Beauty Behind The Madness (The Weeknd)
Namun penyanyi rap Lamar menjadi pemenang utama - daripada segi bilangan anugerah - dengan mengungguli lima kategori .
Penyanyi British Ed Sheeran pula dinobatkan sebagai pemenang lagu terbaik dan persembahan solo pop terbaik melalui lagu Thinking Out Loud .
Mengenai kemenangan Sheeran mengatasi Lamar, Taylor, Little Big Town dan Wiz Khalifa, dia berkata lagu berkenaan dihasilkan ketika dia sedang bersantai di sofa rumahnya.
Taylor juga terkejut. Kata penyanyi kelahiran Pennsylvania di AS itu albumnya dilancarkan pada 2014 tetapi terlalu lewat untuk dinilai pada Grammy tahun lalu.
"Sebagai wanita pertama memenangi anugerah Album Terbaik Grammy untuk kali kedua saya mahu katakan ini kepada wanita semua: Akan sentiasa ada pihak yang cuba menyekat kejayaan atau mengambil kesempatan atas kejayaan anda.
"Namun jika anda fokus kepada tugas dan tidak mengalah, suatu hari nanti anda akan berjaya, mengimbau masa silam dan menghargai mereka yang menyokong anda.
"Itu adalah perasaan terhebat di dunia," katanya.

