Glenn Fredly bandingkan LBGT dengan rasuah
Pandangan bekas speaker Parlimen Indonesia ke-12 mengenai isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) ditempelak penyanyi R&B Glenn Fredly.
Media melaporkan tokoh kanan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Hidayat Nur Wahid sebelum ini mendakwa individu yang terlibak dalam aktiviti LGBT mengalami masalah mental dan gangguan jiwa.
"Mereka perlu disembuhkan," katanya Hidayat melalui Twitter.
Tweet itu segera mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, termasuk Glenn.
Menggunakan medium sama, Glenn membalas tweet itu dengan menyatakan masalah LGBT bukan lagi isu utama Indonesia ketika ini, tetapi yang perlu mendapat lebih perhatian adalah amalan rasuah dalam parti PKS.
“Orang yang korup dan pernah ditangkap dalam parti anda lebih layak digelar mempunyai masalah kesihatan jiwa,” katanya.
PKS adalah sebuah parti berorientasi Islam dan mendapat sokongan ramai penduduk Indonesia suatu ketika dulu sehinggalah beberapa pemimpinnya disiasat atas dakwaan rasuah.
Tak selesai hingga sudah
Dalam laporan agensi antirasuah Indonesia pada 2004 menyatakan jumlah kekayaan Hidayat adalah Rp233 juta (RM71,926) dan AS$15,000 (RM62,371).
Ketika menggalas jawatan tinggi dalam negara Hidayat beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi, termasuk menggesa Suharto dibicarakan secara in-absentia , serta mengharamkan penduduk negara itu mengambil sikap berkecuali daripada politik.
Kenyataan balasa Glenn kemudian menyemarakkan polemik isu berkenaan.
Seorang daripada mereka mendakwa sebahagian rakyat Indonesia adalah pendukung LGBT, manakala pemimpin parti terlibat dalam rasuah.
"Ini parti politik atau rumah sakit jiwa?" tulis pemilik akaun Arief Arbianto.
Turut dilampirkan pada catatan itu adalah gambar ahli politik Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan, Damayanti Wisnu Putranti yang baru-baru ini ditangkap kerana rasuah.
Angga Saputra pula berkata, teguran Hidayat tidak salah dan Glenn tersilap kerana mengaitkan LGBT dengan rasuah.
"Membincangkan dua isu berbeza ini tidak akan selesai sampai bila-bila," katanya.

