Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Menu 'kasih sayang bertambah' Zizie, Bung
Diterbitkan:  Feb 22, 2016 3:17 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Bersungguh-sungguh mengharapkan penyembuhan segera, pelakon Zizie Izette meluangkan masa menyediakan hidangan istimewa untuk suaminya Datuk Bung Moktar Radin, yang dikatakan baru selesai menjalani pembedahan buah pinggang di China.

Bung Moktar yang mengidap penyakit berkenaan sejak tahun lalu dilaporkan mengunjungi China untuk mendapatkan rawatan di sana dan pulang ke tanah air pada 7 Februari lalu.

Zizie atau nama asalnya Zizie Izette Abdul Samad, 38, memilih masakan ala Sabah sebagai hidangan untuk Bung Moktar bagi memastikan keadaan suami kembali pulih seperti biasa.

Dalam status bersama imej yang dimuat naik menerusi Instagram, Zizie dilihat menyediakan dua makanan sama tetapi menggunakan dua kuali berasingan.

“Asam pedas gaya Sabah! Satu bergaram, dan bergula. Satu lagi kurang garam tiada gula.

“Faham-faham la orang baru nak sihat ni, semua kena dikurangkan," tulisnya.

Dalam status itu juga, Zizie sempat bergurau dengan mengaitkan bahan masakan dengan kasih sayang terhadap Bung Moktar.

"Kasih sayang je yang bertambah," tulisnya lagi.

Buah pinggang halalkah

Setakat petang ini status itu mencatat lebih 1,800 like.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah itu sejak 2009. Masalah kesihatan Bung Moktar sempat mengundang khabar angin mendakwa kononnya beliau tenat pada Januari lalu.

Bagaimanapun, Bung Moktar menafikan khabar angin tersebut dan mengesahkan sedang menjalani rawatan.

Sementara itu di Twitter orang ramai mendoakan Bung Moktar segera sembuh.

Meraikan ucap selamat serta kata-kata semangat pengikutnya itu Bung Moktar - melalui akaunnya @MyKinabatangan - menyiar ulang tweet berkeanan.

Tak peduli apa pun yg telah kau jalani hari ini, bersyukurlah, karena Tuhan masih memberimu kesempatan untuk berbuat sesuatu.

— Semangat Positif (@SemangatPositif) February 20, 2016

Walaupun msh letih dari lawatan ke USA namun YAB PM @NajibRazak berkesempatan utk menzarihi saya dihospital.. pic.twitter.com/DS5K2YSLLw

— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) February 20, 2016

Sahabat perjuangan dulu kini selamanya DS @HishammuddinH2O melawat Dato @MyKinabatangan pic.twitter.com/7wa5sov7Fp

— Aizad Ahmad (@aizaddd79) February 15, 2016

Namun, dalam pada itu tidak kurang ada segelintir pihak yang mengecam tindakan Bung Moktar dan mengaitkannya masalah kesihatan berkenaan dengan kenyataan didakwa berbaur perkauman sebelum ini.

Pengguna akaun @AnakbangsaMsia itu menyatakan: "Saya tidak fikir buah pinggang yang kamu peroleh itu halal. Mengapa kamu mengambilnya? Adakah kamu akan terus-menerus bersifat perkauman selepas ini?”

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat Mac 2014, Bung Moktar didakwa cuba membangkitkan sentimen perkauman apabila mencadangkan kerajaan perlu menapis dan membendung maklumat yang disebarkan di Internet.

Bung dilaporkan menggambarkan kaum Cina dan rakyat Malaysia sebagai golongan “tidak terkawal” dan “tidak matang” dalam ucapannya ketika itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS