Aktres Lucy Liu dinamakan sebagai Artis Tahun 2016 oleh Universiti Harvard semalam.
Pengiktirafan kepada pelakon berusia 47 tahun itu diumumkan Yayasan Harvard sempena Festival Kebudayaan pusat pengajian berprestij berkenaan.
Penilaian, lapor media, diberikan kepada Lucy selepas pihak yayasan meneliti sumbangannya dalam bidang seni persembahan, selain aktiviti kemanusiaan sebagai Duta Unicef.
Pengarah Yayasan Harvard, S Allen Counter, berkata siswa universiti itu serta badan berkenaan berbesar hati menganugerahkan gelaran Artis Tahun 2016 kepada Lucy.
Lucy adalah aktres kelahiran AS yang mula dikenali melalui watak Ling Woo dalam siri televisyen Ally McBeal dan dicalonkan untuk Anugerah Emmy.
Namanya semakin meningkat selepas menjadi salah seorang 'bidadari' dalam dilem Charlie's Angels pada 2000, selain membawa watak O-Ren Ishii dalam Kill Bill (2003).
Kegembiraan menerima anugerah daripada Harvard itu turut dikongsi Lucy di Instagramnya.
Awesome @harvfoun students&staff welcome!
A photo posted by Lucy Liu (@lucyliu) on
