Penyanyi Yuna melangkah jauh lagi. Kali ini penyanyi kelahiran Kedah itu dilaporkan akan muncul dengan lagu baru, Crush.

Lebih menarik lagu Crush itu pula akan didendangkannya bersama penyanyi AS, Usher.

Laman sesawang rap-up.com melaporkan Crush adalah satu daripada lagu daripada album barunya, Chapters, yang dijadual mula dipasarkan pada 20 Mei ini.

Baru-baru ini dia menghasilkan single Places to Go.

Oktober lalu Yuna memberitahu Hits FM dia bertemu Usher kira-kira setahun lalu dan tidak berbincang pun mengenai cadangan bekerjasama.

Apabila saya merakamkan album baru, katanya, satu daripada lagu itu dirasakan sesuai untuk dinyanyikan bersama Usher.

"Kami hantar lagu berkenaan kepada Usher dan selama dua bulan tiada khabar berita daripadanya.

"Kemudian saya mendapat e-mel daripada Usher dan ia adalah lagu yang dinyanyikannya. Semuanya selesai," katanya.

Kepada FADER pula Yuna memberitahu Places to Go adalah lagu mengenai keinginannya seseorang ketika semakin dewasa.

"Kadang-kadang anda melalui pelbagai perkara yang mengubah anda dan anda mendapati sukar berdepan dengan semua perubahan berkenaan," katanya.

Pada masa sama, katanya, dia juga teruja bekerjasama dengan penerbit lagu berkenaan , DJ Premier.

"Saya masih macam tak percaya menghasilkan lagu bersama DJ Premier. Ia adalah satu daripada lagu terbaik pernah saya hasilkan," katanya.

DJ Premier adalah penerbit album terkenal di AS dan menjadi sebahagian daripada kumpulan hip hop Gang Starr.

Usher pula penyanyi R&B terkemuka dunia dan pernah menjadi seorang daripada juri siri televisyen The Voice.

It's about to go down! About to premiere my song “Crush“ feat. @howuseeit produced by Fisticuffs --with @ebroski in 15min on @Beats1 @AppleMusic! Tune in: apple.co/Beats1!! Places To Go & Crush will be up on iTunes this Friday! Show some love to your homegirl by purchasing my music & not downloading it on Piratebay!! it's the only way I get to keep doing what I do!!! ❤️ #yunachapters

A photo posted by Yuna (@yunamusic) on