Oscar ke-88 meriah dalam sentimen perkauman
Sehingga ketika acara kemuncak Anugerah Academy semalam isu perkauman yang membayangi acara berprestij itu terus diperkatakan.
Walaupun mendapat penafian daripada penganjur, isu itu sememangnya mempengaruhi perjalanan majlis dan ia menjadi lebih menarik apabila hos Chris Rock menggunakan ruang yang ada untuk menyampaikan mesej berkenaan.
Kembali semula mengacara Oscar selepas kali pertama melakukannya pada 2005, Rock dilihat berjaya ‘menghiburkan’ penonton dengan kata-kata sindiran tajamnya.
Di bawah adalah antara beberapa situasi menarik sepanjang majlis Oscar dikendalikan Rock berlangsung.
* Ucapan pembukaan Chris dimulakan dengan: “Jika mereka mencalonkan nama penyampai anugerah, saya tidak mungkin dapat menikmati tugas ini (kerana dia sendiri berkulit hitam)! Mungkin sekarang kamu semua akan menonton Neil Patrick Harris (aktor dan pengacara berkulit putih).
* Kebanyakan penonton berkulit putih (kecuali Whoopi Goldberg) teragak-agak untuk ketawa setiap kali mendengar jenaka berbaur sentimen perkauman disebutkan Rock.
* Penonton lelaki dilihat sengaja tidak memberi tepukan apabila Jenny Beavan memenangi Anugerah Rekaan Kostum Terbaik untuk filem Mad Max: Fury Road.
* Whoopi Goldberg, Leslie Jones, Danish Girl Tracey Morgan dan ‘angkasawan hitam’ Chris Rock mengkritik filem yang tidak mengangkat pelakon kulit hitam tahun ini.
* Pelakon cilik dari Kanada, Jacob Tremblay, menggayakan aksi C-3PO, R2-D2 dan BB-8 (watak dalam filem Star Wars) semasa naik ke pentas.
* Walaupun dari sudut kamera yang pelik, persembahan Lady Gaga semasa menyanyikan Hunting Ground, Til it Happens To You menjadikan malam berkenaan beremosi untuk penonton. Ia disusuli dengan sesi memperkenalkan ‘kawannya’ - Joe Biden - yang mengetengahkan isu epidemik rogol dalam kampus di AS. Gaga dikelilingi mangsa penderaan seksual yang mempamerkan tatu yang membawa mesej “Bukan Salah Kamu.”
* Majlis diakhiri lebih lewat daripada jadual. Ketika Rock mengumumkan acara itu 13 minit melebihi masa yang diperuntukkan (pada 11.43 malam) masih ada tiga lagi anugerah untuk disampaikan.

