Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jessica Iskandar dikecam seksi ketika 'mengaji'
Diterbitkan:  Mar 2, 2016 4:31 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Sebagai meraikan rumah barunya, seperti kebanyakan orang Jessica Iskandar mengadakan kenduri doa selamat.

Antara tetamunya ialah anak-anak yatim yang dipelawa mengaji al-Quran di kediaman berkenaan.

Sebelum ini Jessica dan anak lelakinya, El Barack Alexander menetap di sebuah apartmen di Jakarta.

Menurut saksi, rumah baru Jessica itu boleh dianggap mewah, besar dan cantik.

"Ya, saya buat majlis kenduri dan mempelawa anak-anak yatim di sekitar sini," katanya dilaporkan media tempatan.

Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah Jessica menyertai tetamu dan anak-anak yatim itu mengaji al-Quran. Tindakan Jessica itu sepatutnya tidak mengundang kecaman, tetapi gayanya dipertikaikan.

Melalui gambar dimuat naik di media sosial kelihatan Jessica, 28, berseluar jeans yang koyak pada lutut sehingga menampakkan sebahagian pahanya.

Gambar itu segera mendapat kritikan dan kutukan ramai.

Tetapi untuk makluman, Jessica bukan beragama Islam, sebaliknya Kristian Protestan.

Menurut Jessica, dia mengadakan majlis berkenaan dan mengundang anak-anak yatim untuk mendidik zuriatnya - yang kini baru berusia 20 bulan - mengenai cinta dan kasih sayang.

"Saya juga berharap dengan doa selamat ini, kami diberikan kebahagiaan dan keberkatan walaupun hidup saya memang tidak mudah selamanya.

"Saya juga mahu El Barack memahami makna berbahagi kasih," katanya.

Di layar lebar nama Jessica muncul sebagai pelakon filem Dealova pada 2005, Diva (2007), Coblos Cinta (2008), Nazar (2009), Istri Bo'ongan (2010) dan Kung Fu Pocong Perawan (2012).

Dia juga berlakon dalam sinetron, antaranya Kasmaran dan Cinta Anak Majikan.

Jessica telah berkahwin dengan lelaki keturunan bangsawan Jerman, Ludwig Franz Willibald Maria Joseph Leonard Erbgraf Von Waldburg Wolfegg Waldsee pada 11 Disember 2013.

Suami Jessica berusia dua tahun lebih muda daripadanya. Mereka kemudian disahkan bercerai April 2015.

Terima kasihhh buat bunda cantik dan Baby cantikkuuuu...

Posted by Jessica Iskandar on Sunday, February 28, 2016


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS