Selebriti meluat lihat 'aksi terlampau' Kim
Instagram dan Twitter menjadi antara tempat kebanyakan selebriti Hollywood - seperti Kim Kardashian - mempamerkan riyak dengan mempamerkan bentuk tubuh masing-masing.
Kadang-kadang susuk yang dipamerkan itu dirakam tanpa pakaian. Namun tidak semua orang kagum dengan tindakan seperti itu.
Imej tanpa seurat benang dimuat naik Kim semalam. Dan seperti biasa gambar seperti itu mudah menarik perhatian ramai.
Justeru, imej mendapat like 1.2 juta peminat Kim sehingga awal petang ini.
Dan semudah itu juga imej berkenaan menerima ‘pujian melambung’ daripada penyanyi dan pelakon Bette Midler.
Sebagai respon terhadap imej berkenaan, dia bertindak menyampaikan mesej secara tidak langsung kepada Kim dengan nada sinikal: "Kim Kardashian tweet gambar bogel hari ini. Sekiranya Kim mahu kita tengok satu bahagian yang tidak pernah dilihat orang, dia terpaksa menelan kamera berkenaan.”
Komen Bette itu diulang hingga 34,000 kali dan disukai sebanyak 44 pemilik akaun Twitter lain hingga ke saat ini.
Patutnya mendidik, bukan menonjol
Bagaimanakah Kim memberi tindak balas kepada komen dan kecaman terhadapnya? Dia memilih untuk memuat naik satu lagi gambar bogel!
Dalam imej terdahulu berkenaan, ibu kepada dua anak itu dilihat berada di dalam sebuah bilik yang kelihatan seperti bilik mandi.
Pun begitu, isteri kepada
Kanye West itu masih ‘cuba bersikap berlapik’
dengan menghitamkan bahagian yang menonjolkan payudara dan bawah pusatnya.
Turut ditulis pada imej berkenaan adalah: “Apabila kamu tidak mempunyai pakaian untuk dipakai. LOL,” ujar Kim pada kapsyen yang dimuat naik.
Seorang lagi yang turut mengecam imej berkenaan adalah aktres Chloe Grace Moretz, 19. Di usia seperti itu, pemikiran Chloe dilihat tidak terbantut untuk menjadi lebih matang atau bijak berbanding Kim.
“@KimKardashian, saya benar-benar berharap kamu menyedari betapa pentingnya untuk menerapkan matlamat bagi remaja perempuan. Kamu harus mengajar mereka yang kita mempunyai lebih banyak perkara yang boleh ditonjolkan selain tubuh badan,” tulis pelakon Kick Ass itu.
Tidak terkesan dengan komen yang cuba mengajarnya, Kim memuat lagi beberapa keping imej tidak berapa lama kemudian.
Mungkin Kim cuba menunjukkan dia tidak kisah dengan komen diberikan oleh pihak yang menatap imej bogelnya itu.
Kapsyen itu pula seolah menyampaikan maksud tersirat di hati Kim selepas membaca ribuan komen yang diberikan.
“Saya membaca komen seperti...LOL,” ujarnya.
Imej bogel Kim dipercayai bukan yang terkini, ia diambil dari koleksi gambar tahun lepas ketika dia berada di Paris untuk minggu fesyen di bandar raya berkenaan.

