Jupe pilih botak bukan cari sensasi, publisiti
Biasanya tidak mudah mana-mana wanita sengaja mengorbankan 'mahkota' di kepala masing-masing, apa lagi demi untuk orang lain.
Namun apa yang dilakukan oleh artis Indonesia Julia Perez boleh dianggap 'mulia', sekurang-kurangnya di mata pihak tertentu.
Menafikan untuk mencari publisiti, tetapi tohmahan itulah yang tetap dilemparkan kepada Julia - atau lebih dikenali dengan nama Jupe - itu selepas dia mencukur habis rambut di kepalanya.
Mengambil sikap peduli ke atas pesakit kanser, Julia, 35, sengaja membotakkan kepalanya dan imej itu dimuat naik di Instagramnya.
“Masyarakat menggelarkan saya mengalami tekanan perasaan ataupun gemar mencari sensasi.
“Perkara seperti itu tidak benar sama sekali malah saya langsung tidak berniat untuk mencari hal seperti itu,” katanya seperti dilapor Tabloidbintang.
Licin - begitulah keadaan pada kepala Julia. Dan dia pula langsung tidak kisah keadaannya sedemikian kerana pelakon filem Basahh... itu tetap berasakan dirinya cantik.
“Ramai betul yang memberi komen sampai ada yang mengatakan saya sudah kelihatan seperti patung.
“Ya, hidup ini harus memberi manfaat kepada orang lain.
“Saya membotakkan kepala bukan untuk diri sendiri sebaliknya kerana sebagai menyatakan sokongan kepada pesakit kanser,” katanya.
Sokongan itu diberikan kerana Julia juga sebelum ini pernah didiagnosis menghidap kanser serviks dan berulang-alik ke Singapura untuk menjalani rawatan.
A video posted by Juliaperez (@juliaperrezz) on

