Jennifer wanita tercantik di dunia kali kedua
Pelakon Jennifer Aniston dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia untuk kali kedua oleh majalah People .
Memetik laporan CNN, Jennifer, 47, menjadikan wanita hebat seperti Gloria Steinem, Lauren Hutton and Brigitte Bardot sebagai idolanya terutama dalam hal kecantikan.
Pelakon yang menggilap nama menerusi siri komedi popular televisyen Friends antara 1994 hingga 2004 itu menyatakan dia berbesar hati dengan penghormatan yang diberikan majalah berpengaruh berkenaan.
Congrats to #JenniferAniston , voted the most beautiful woman in the world for the 2nd year in a row! #AOshow pic.twitter.com/fIjkiJ8tLz
— iRadio (@ThisisiRadio) April 21, 2016
“Saya benar-benar terharu dan mulai timbul perasaan yang begitu seronok, iaitu seperti saat muda remaja dulu.
“Bagi saya, definisi kecantikan bermula dari keyakinan dalaman, ketenangan, kebaikan hati, kejujuran dan menjalani hidup dengan sempurna,” katanya.
Secara terbuka Jennifer berkata dia berasa benar-benar "cantik" apabila selesai menjalani aktiviti kecergasan.
Untuk memiliki kecantikan seperti Jennifer, ini ada sedikit petua daripadanya.
“Sungguh lucu, ia adalah satu peralihan yang pantas, iaitu daripada tidak mengambil peduli langsung, dan kini sampai pada satu tahap amat berhati-hati dengan bahan yang dimakan.
“Kita juga perlu menjaga rutin tidur dan menjaga diri.
“Kamu boleh terlepas itu semua ketika berusia 20 tahun,” katanya.
Jennifer pernah menerima penghormatan itu pada 2004. Tahun lalu People mengangkat Sandra Bullock sebagai personaliti pilihan mereka.
Jennifer pernah berkahwin dengan aktor terkenal Brad Pitt pada tahun 2000 tetapi bercerai disebabkan dibelenggu masalah pada 2005.
Dia kemudian berkahwin buat kali kedua - juga dengan seorang pelakon - Justin Theroux pada 2015.

