Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Redha bawa cerita autisme ke Cannes pula
Diterbitkan:  May 3, 2016 5:38 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

Filem Redha bukan saja membuat dunia autisme bergetar dengan rasa syahdu tetapi ia juga menyentuh hati banyak pihak sehingga terpilih mewakili negara ke Cannes.

Filem arahan Tunku Mona Riza Tengku Khalid itu kurang mendapat perhatian ramai di negara ini, terutama di fasa awal tayangannya.

Keadaan itu agak menyedihkan kerana filem berkenaan bercerita mengenai kemelut serta dilema dialami suami isteri membesarkan anak autistik.

Pasangan suami isteri Nam Ron dan June Lojong membawa watak utama dibantu Nadiya Nisaa dan Remy Ishak.

Dua pelakon remaja Harith Haziq dan Izzy Reef pula membawa watak Danial, iaitu kanak-kanak autistik yang menjadi pusat kepada cerita Redha.

Filem itu turut menggunakan suara remaja autistik yang berbakat menjadi penyanyi, Umar Hasfizal, untuk melagukan runut bunyi Redha, Abah, ciptaan Monoloque.

Festival filem Cannes berlangsung antara 11 hingga 22 Mei ini.

Redha dibawa ke Perancis sebagai wakil Malaysia dalam program Malaysia Goes To Cannes dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Selain Redha empat filem lain yang terpilih ke Cannes ialah Hoka Hey A Good Day to Die, Pekak, You Mean The World To Me dan Taiping Adagio.

Redha adalah filem pertama arahan Tunku Mona Riza.

Lihat Komen
ADS