Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pemegang rekod dunia mati atas pentas
Diterbitkan:  May 16, 2016 1:34 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Cinta hingga hujung nyawa - pemain bass profesional yang memegang rekod dunia Guinness bermain untuk satu kumpulan orkestra mati ketika membuat persembahan semalam.

Laporan media menyebut Jane Little, 87, sedang membuat persembahan bersama Orkestra Simfoni Atlanta (ASO) malam semalam (waktu tempatan) apabila dia tiba-tiba terkulai di atas pentas.

Jane menyertai kumpulan orkestra itu sejak dia berusia 16 tahun sebaik saja menamatkan pengajian muzik di sekolah menengah.

Kenyataan ASO menyebut sepanjang tempoh bersama kumpulan orkestra itu - sejak 1945 - Jane bermain di bawah empat pengarah muzik berlainan.

"Kami sesungguhnya berbangga Jane bertuah melakukan apa yang dicintainya sehingga ke akhir hayat.

"ASO berasa bertuah kerana Jane menjadi sebahagian daripada keluarga kami selama 71 tahun dan kehilangannya pasti akan dirasai," kata kumpulan itu hari ini.

Rekod dunia dicatat Jane pada Februari lalu dan ketika itu kesihatannya mula kurang memuaskan.

Jane berkahwin dengan pemain seruling ASO, Warren Little, sehingga lelaki itu meninggal dunia 41 tahun kemudian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS