Opioid fentanyl melampau ragut nyawa Prince
Ujian toksikologi ke atas mayat Prince menunjukkan penyanyi dan pencipta lagu itu mati akibat pengambilan berlebihan opioid fentanyl.
Laporan Pejabat Kajian Perubatan Midwest menyatakan penyanyi Purple Rain itu mengambil bahan berkenaan dalam jumlah tinggi secara tidak sengaja.
Fentanyl - dikelaskan doktor perubatan sebagai bahan untuk merawat barah - mudah diperoleh secara sah dan didakwa menyumbang kepada peningkatan kematian akibat penyalahgunaan dadah di AS.
Prince Rogers Nelson investigation results attached pic.twitter.com/CMt6lQSGxJ
— Midwest Medical Exam (@MidwestMedExam) June 2, 2016
Ia memiliki kesan sehingga 20 kali lebih kuat berbanding heroin dan antara 50 hingga 100 kali berbanding morfin.
Prince, 57, ditemui tidak bernyawa pada 21 April lalu di kediaman merangkap studio rakamannya di Chanhassen, Minnesota.
Bagaimanapun laporan rasmi pejabat perubatan itu tidak menyediakan butiran lanjut, manakala punca kematian ditandakan sebagai "kemalangan".
Tidak dijelaskan bagaimana bahan berkenaan diambil. Tidak juga dapat dipastikan sama ada ia diperoleh secara sah atau tidak.
Sumber memberitahu CNN pada April lalu Prince ada kesan dadah pada mayat penyanyi berkenaan.
Sumber keluarga Prince pula menyatakan Prince mengambil bahan berkenaan untuk membantunya mengatasi rasa gerun dan gemuruh sebelum membuat persembahan.

