Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nikita yakin rakan kahwini wanita tulen
Diterbitkan:  Jun 8, 2016 4:56 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Majlis pernikahan mereka dijalankan secara sederhana, dan tertutup, seperti ada sesuatu yang tidak mahu diketahui ramai.

Bertempat di Bandung, Jawa Barat perkahwinan itu diadakan seperti dirancang.

Hanya selepas itu pasangan hidup pelawak Aming, 35, dilihat ramai. Namanya Evelyn Nada Anjani dan berusia 10 tahun lebih muda berbanding suaminya.

Diketahui juga kedua-dua mempelai itu berpakaian secara sederhana saja, dengan Evelyn memakai tudung putih.

Secara perbandingan fizikal Evelyn - atau dipanggil Kevin oleh kenalan rapatnya - nampak lebih rendah berbanding Aming.

Selain itu tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai Evelyn.

Apa yang menarik perhatian dan rasa ingin tahu ramai ialah, keunikan pasangan berkenaan.

Aming atau nama penuhnya Aming Supriatna Sugandhi dikenali sebagai pelawak dan pelakon.

Pernah muncul dalam filem Janji Joni pada 2005, tahun lalu dia membintangi filem The Wedding & Bebek Betutu.

Dalam dunia persembahan Aming biasanya muncul dengan watak seorang wanita dan pernah berkahwin dengan Caisar Putra Aditya pada 2014.

Suntik hormon OK

Isunya ialah, pasangan Aming itu kelihatan lebih maskulin dan seperti lelaki.

Sumber pula memberitahu Evelyn sebenarnya memang wanita cuma berpewatakan seperti lelaki.

"Evelyn wanita berdarah campuran Jepun - Indonesia," katanya.

Bagi selebriti yang selalu panas dengan cerita, Nikita Mirzani, dia sendiri yakin Aming itu wanita tulen.

"Sejak bertemu kali pertama dulu, saya yakin Evelyn seorang wanita. Gaya dan bahasa badan seseorang tidak boleh disembunyikan.

"Memang dari awal saya yakin Evelyn wanita asli," katanya.

Apa yang dilakukan Evelyn selain itu, bagi Nikita, tidak penting.

Katanya jika Evelyn membuat suntikan hormon supaya nampak maskulin, ia bukan masalah besar.

"Pada pandangan saya, mereka tak ada masalah," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS