Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Selena, Lady Gaga sertai kempen tak nak senjata
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 2:33 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Berbekalkan satu matlamat, bintang besar Hollywood - seperti Selena Gomez, Yoko Ono dan Lady Gaga - bersatu demi mendesak supaya penggunaan senjata api dikawal.

Kempen itu turut dilakukan dengan kerjasama majalah Billboard bagi menggesa Kongres AS meluluskan peruntukan lebih ketat untuk penggunaan senjata api seperti pistol.

Hingga kini, media melaporkan sudah lebih 180 penggiat muzik termasuk eksekutif korporat industri menandatangani petisyen untuk keluaran kulit depan Billboard minggu ini bertajuk: Stop Gun Violence Now.

Turut menyertai kempen itu adalah selebriti seperti Jennifer Lopez, Katy Perry, Lin Manuel Miranda, Zayn Malik, Paul Mccartney, Sting, Barbra Streisand, Britney Spears, Ellen DeGeneres, James Corden danTony Bennett.

Reka bentul dan tema kulit depan majalah itu dibuat ekoran pembunuhan pengunjung sebuah kelab malam di Orlando pada 12 Jun lalu lalu membabitkan 49 kematian.

Pada masa sama perbahasan mengenai kawalan undang-undang terhadap pemilikan senjata api masih menemui jalan buntu di Capitol Hill.

Turut disebut dalam surat berkenaan adalah mengenai pembunuhan penyanyi Christina Grimmie yang terbunuh selepas mengadakan konsert.

“Satu perkara yang menghubungkan tragedi berlaku di Orlando adalah betapa mudahnya pengganas memiliki senjata.

“Kami menggesa kongres meningkatkan usaha mengatasi pembunuhan disebabkan keganasan senjata api yang membunuh hingga lebih 90 rakyat Amerika setiap hari dan mencederakan ratusan yang lain,” antara isi kandungan petisyen itu.

Petisyen berkenaan dikeluarkan ekoran Senat AS gagal meluluskan empat cadangan bagi mengawal senjata Isnin lalu.

Ia juga menyarankan sokongan ke atas proposal untuk mengharamkan individu disyaki pengganas daripada membeli senjata. Ia juga mewajibkan pemeriksaan latar belakang sebelum menjual setiap senjata.

Lihat Komen
ADS