Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak Jackie Shroff nafi ciplak skrip rakan
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 3:28 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Anak pelakon veteran Hindustan Jackie Shroff, Tiger, menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan aktiviti mencuri hasil kreatif orang lain seperti dilemparkan seorang penulis dari Mumbai.

“Saya tidak faham mengapa isu ini tercetus. Kami di sini untuk melaksanakan projek itu dan saya bukan pencuri. Saya juga tidak berbohong dan bukan penipu,” katanya.

Sebelum ini Kritik Kumar Pandey - seorang penulis - membuat laporan kepada polis mengenai dakwaannya terhadap Tiger.

Kata Kritik, Tiger mencuri idea skrip filem M J Return daripadanya setahun lalu walaupun pernah berjanji untuk bersama-sama menjayakan filem berkenaan.

Tetapi, selepas memperoleh maklumat yang dikehendaki, Tiger kemudian mengumumkan dia sedang mengusahakan projek filem berjudul Michael Munna bersama pengarah Sabbir Khan.

Kritik kemudian melaporkan kejadian berkenaan di balai polis Versova.

Michael Munna mengisahkan kehidupan seorang peminat tegar Michael Jackson.

Tiger diketahui umum menjadi antara ribuan peminat tegar penyanyi legenda berkenaan.

Raja Pop itu meninggal dunia pada 2009 akibat pengambilan ubat berlebihan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS