Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Afdlin tak rela AS atur hala tuju Malaysia
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 5:09 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Ketika orang ramai sibuk memperkatakan saman sivil dikemukakan pihak berkuasa AS berhubung agensi pelaburan milik kerajaan 1MDB, Afdlin Shauki mempunyai pandangannya yang tersendiri berhubung isu itu.

Bagi pengarah, pelakon dan pelawak terkenal itu dia sukar untuk mempercayai sebarang kenyataan dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS.

Afdlin berkata, pendirian itu diambil ekoran beberapa kesilapan pernah dilakukan tentera AS dalam percaturan mereka di negara asing.

"Baru berberapa hari lepas, tentera Amerika telah mengebom Syria dan membunuh berpuluh umat Islam yg tak bersalah. Kerajaan Amerika sendiri cakap mereka tersilap kerana memikirkan kawasan yang dibom berdekatan dengan Aleppo tu adalah kubu IS.

"Mereka SILAP! Intel (agensi risikan) mereka SILAP!!! Dan penghujungnya kanak-kanak dan orang awam yang tak berdosa mati terbunuh," tulisnya di Instagram dan Facebook sebentar tadi.

Bagaimanapun dalam tulisan itu Afdlin tidak menerangkan lebih lanjut mengenai rujukan kepada kenyataan mengenai FBI yang dibuatnya.

Namun dipercayai ia berkaitan sidang media FBI dengan kerjasama Jabatan Kehakiman (DOJ) AS semalam yang mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

 

 

Baru berberapa hari lepas, tentera Amerika telah mengebom Syria dan membunuh berpuluh umat islam yg tak bersalah. Kerajaan Amerika sendiri cakap mereka tersilap kerana memikirkan kawasan yg di bom berdekatan dgn Aleppo tu adalah kubu IS. Mereka SILAP! Intel mereka SILAP!!! Dan penghujungnya kanak-kanak dan orang awam yg tak berdosa mati terbunuh. So bila keluar statement dari FBI ni macam mana aku nak percaya? Cuba kita fikirkan. Saya tak mengatakan apa yg di katakan betul atau tidak tetapi, cuba kita fikirkan apa kepentingan Amerika masuk campur dalam urusan negara kita? Cuba kita fikirkan apakah agenda penyudah mereka. Biar rakyat Malaysia menentukan halatuju negara ini bukan orang luar. Lebih lebih lagi mereka yg kita tahu kejam dan sering menggunakan muslihat untuk menjatuhkan negara orang. Mereka sendiri mengaku dalam filem filem mereka.

A photo posted by Afdlin Shauki (@afdlinshauki) on

 

Kata Afdlin, apabila ada kenyataan dikeluarkan FBI sukar untuk dia mempercayainya begitu saja.

"Saya tak mengatakan apa yang dikatakan (FBI itu) betul atau tidak, tetapi cuba kita fikirkan apa kepentingan Amerika masuk campur dalam urusan negara kita?

"Cuba kita fikirkan apakah agenda penyudah mereka. Biar rakyat Malaysia menentukan hala tuju negara ini bukan orang luar. Lebih-lebih lagi mereka yang kita tahu kejam dan sering menggunakan muslihat untuk menjatuhkan negara orang. Mereka sendiri mengaku dalam filem-filem mereka," katanya.

Dalam saman DOJ yang difailkan semalam, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi Malaysian Official 1.

DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".

Malah, saman itu juga bertujuan untuk melucutkan hak sivil di Los Angeles kerana mahu merampas harta tanah bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB.

Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalahgunakan dan aset lain yang terlibat termasuk rumah agam dan mewah, karya seni, jet peribadi dan kutipan filem The Wolf of Wall Street.

Lihat Komen
ADS