Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Scorpions bakal gegarkan KL Oktober depan
Diterbitkan:  Aug 3, 2016 7:32 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

Kumpulan rock legenda Scorpions bakal mengadakan konsert sempena menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya di Kuala Lumpur pada 29 Oktober depan.

Kenyataan berkenaan diumumkan menerusi status yang dimuatnaik oleh akaun Facebook rasmi kumpulan yang berasal dari German itu baru-baru ini.

Status itu berbunyi: "Scorpions akan membawa konsert Jelajah Dunia 2016 ke Malaysia."

Perkara itu turut disiarkan menerusi siaran media oleh pihak penganjur Livescape.

Bagaimanapun menurut kenyataan berkenaan, lokasi tempat konsert akan berlangsung masih belum ditetapkan secara rasmi.

Scorpions dianggotai oleh vokalis Klaus Meine, gitaris Rudolf Schenker dan Matthias Jabs, dram James Kottak serta basis Pawel Maciwoda.

Antara lagu pernah dipopularkan Scorpions adalah Wind of Change daripada album Crazy World (1990).

Kali terakhir Scorpions mengadakan persembahan di negara ini adalah pada 2004 untuk konsert Unbreakable Live in Malaysia yang menyaksikan hampir 10,000 jumlah penonton.

Sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia, Scorpions dijadual singgah terlebih dahulu ke Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec di Singapura pada 21 Oktober depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS