Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Barat lihat saya, mereka lihat Islam agama damai'

Mencuba nasib di negara Barat bukan perkara mudah buat Yuna. Antara rintangan perlu dilalui adalah mendidik kelompok itu mengenai Islam.

Perjuangan Yuna itu dilakukan secara ‘halus’ untuk mengelak Islam dikaitkan dengan pengganas atau kegiatan keganasan.

“Saya tidak perlu berceramah mengenai Islam dan caranya tetapi cukuplah mereka dapat menilai diri ini.

“Hadirnya saya ke negara mereka bukan sebagai pengganas tetapi untuk mengembangkan karier dan ia pula dilakukan secara aman.

“Itulah yang dititikberatkan.

“Apabila orang Barat melihat saya, mereka nampak Islam sebagai agama yang aman dan kita (Muslim) adalah normal malah bukan seperti digembar-gemburkan media asing,” katanya kepada Malaysiakini.

Yuna turut memasang harapan agar setiap wanita Muslim diberikan hak terutama dalam perihal memilih pakaian untuk menutup tubuh mereka.

Ulas isu burkini

Kata-kata Yuna itu merujuk kepada isu pengharaman burkini - pakaian mandi menutup aurat - yang kini menjadi kontroversi selepas ia diumumkan kerajaan tidak boleh dipakai di sekurang-kurang 15 lokasi pantai di Perancis.

Perdana Menteri Perancis Manuel Valls sebelum itu mengundang kritikan.

Manuel mempertahankannya atas alasan negara itu sedang berdepan “perang budaya”, selain melihat pakaian renang menutup seluruh tubuh sebagai lambang perhambaan wanita.

Mahkamah Perancis bagaimanapun menarik balik larangan terbabit di Nice, Perancis selepas tiada bukti kukuh burkini boleh menimbulkan risiko gangguan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, Yuna menginginkan wanita Muslim yang berdiri dalam kelompok minoriti di negara Barat tidak berasa tersisih sebaliknya berupaya mempertahankan diri.

“Di Perancis, burkini diharamkan sedangkan di Malaysia juga ada ramai wanita yang gemar memakainya.

“Sudah menjadi hak kita untuk menutup tubuh seperti yang diingini ketika menyertai kegiatan air di tengah awam.

“Justeru, kita kena didik orang di luar sana hak kita,” kata gadis bertudung itu.

Lihat Komen
ADS