Pelakon Rozita Che Wan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan syarikat penerbangan Malaysia (MAS) selepas mendapati beg pakaian miliknya tercicir di Kuala Lumpur.

Menurut Rozita atau lebih popular dengan panggilan Che Ta, kejadian berlaku selepas dia menaiki penerbangan ke Sabah hari ini.

"Saya tak tahu macam mana MAS buat kerja. Saya terbang dari KL ke Sabah tapi beg saya masih di KL dan malam ni saya ada majlis makan malam saya tak boleh pergi sebab beg saya tak ada," katanya menerusi sebuah klip video dimuatnaik menerusi akaun Instagram.

Menurutnya, disebabkan ketiadaan beg berkenaan, pelakon Diari Ramadan Rafiq itu terpaksa membatalkan segala urusan yang ingin dilakukan.

Rozita juga kelihatan begitu bengang dalam video berkenaan kerana tidak dapat menghadiri sebuah majlis makan malam, gara-gara peristiwa itu.

"Saya terpaksa menunggu beg kerana tiada baju hendak dipakai dan duduk tunggu beg yang tidak sampai," tulisnya di Instagram yang dikuti 2.5 juta peminat.

Rozita, 43, tidak menyangka walaupun penumpang MAS tidak ramai, perkhidmatan terhadap pelanggan yang diharapkan memuaskan berlaku sebaliknya.

"Saya menaiki penerbangan kelas business saja dan tidak ramai pun boleh tercicir beg itu.

"Sungguh memalukan dengan perkhidmatan MAS," katanya.

Malaysiakini akan cuba mendapatkan reaksi MAS berhubung perkara itu.