Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Saya Aziz M Osman, bukan Azizan Osman'
Diterbitkan:  Oct 1, 2016 2:55 PM
â‹…
Dikemaskini: 10:51 AM

Ketika hangat isu penafian Universiti Malaya (UM) mengenai ijazah kehormat yang digunakan oleh penceramah motivasi Azizan Osman, sutradara terkenal Aziz M Osman turut terkena tempiasnya.

Ini kerana terdapat individu yang 'menyangka' Aziz adalah Azizan Osman yang disebut-sebut dan menjadi viral itu.

"Yang mana 'dok' bash Azizan Osman ni. Korang pandai sangat ke buat filem ? Nak buat filem tak semestinya kena ada title Dr guys," tulis pengguna Twitter @SyamerZolkiflee.

 

 

"Gua suka jugak Azizan Osman ni. Banyak2 filem yang dia buat, gua paling suka XX Ray 2," tulis seorang lagi pengguna Twitter.

 

 

Bagaimanapun ia sebenarnya hanyalah sarkastik atau jenaka pintar yang dibuat mereka.

Selain itu, ada peminat Aziz memuatnaik poster dengan gambar edit dia membuat gaya seperti Azizan.

Aziz turut 'melayani' jenaka itu dengan menyatakan dirinya adalah Aziz M Osman dan bukannya Azizan Osman.

Di Twitter dan Instagram, Aziz juga membuat sarkastik dengan memuatnaik poster yang menjelaskan kekeliruan berkenaan.

Poster bertulis "Saya bukan Azizan Osman, saya Aziz M Osman" itu kemudian dikongsikan oleh peminat-peminatnya.

 

 

Lihat Komen
ADS