Penyanyi lagu Islamik Sulis masih berharap pertikaian dengan sahabat karibnya Ahmad Nizar Fahmi dapat diselesaikan dengan cara baik.
Semua itu memang mungkin, jika Ahmad Nizar mengembalikang wang Sulis bernilai Rp400 juta (RM128,350) yang diambilnya.
Ditemui media di Depok semalam, Sulis berkata dia enggan memanjangkan pertikaian tersebut.
"Saya cuma ingin wang saya dikembalikan," katanya selepas membuat laporan tambahan kepada polis Jawa Barat.
Kemelut antara Sulis - atau nama sebenarnya Sulistyowati - dengan Ahmad Nizar, 23, yang kemudian berjaya membayarnya berserta keuntungan awal tahun ini.
Ketika itu Ahmad Nizar dikatakan meminjam wang berkenaan utuk dijadikan modal perniagaan percetakan
Antara Mei dan Jun lalu Ahmad Nizar membuat pinjaman kepada Sulis, 28, sekali lagi tetapi gagal membuat pembayaran semula seperti dipersetujui bersama.
Harap selesai segera
Disebabkan itu Sulis dan suaminya, Alfin, 29, membuat laporan kepada polis Depok pada 18 Oktober 2016.
Sehari kemudian polis menahan Ahmad Nizar di Bekasi.
Sulis mula dikenali ramai apabila berduet dengan Haddad Alwi. Antara lagu popularnya ialah Ummi, Ya Thoybah dan Abiy.
Kata Sulis, dia tidak mahu konfliknya dengan Ahma Nizar berpanjangan kerana mengenangkan jasa lelaki terbabit, termasuk menguruskan kelab peminatnya.
Bagaimanapun Sulis mengakui dia sangat terkilan dengan tindakan sahabatnya itu.
Ditanya bilakah perselisihan faham itu dapat diselesaikan, Sulis berkata dia sendiri tidak pasti.
"Tetapi saya sangat berharap ia selesai secepat mungkin," katanya.
Sementara itu peguam Sulis, Djamalluddin Koedoeboen berkata mereka cuba mencari perdamaian kerana ia dicadangkan polis.
"Kata polis hukuman yang boleh dikenakan ke atas suspek sangat berat, justeru lebih baik ia diselesaikan mengikut semangat kekeluargaan," katanya.
