Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak menyangka kehadirannya bagi memenuhi undangan majlis harijadi menerima kejutan tidak disangka-sangka apabila ‘bertentang mata’ dengan beberapa legenda pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool.

Bagi penyanyi tersohor negara itu, majlis malam tadi yang dihadiri bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dianggap benar-benar membawa tuah.

Selain bergambar dengan beberapa bekas anggota pasukan kesayangannya itu, Siti juga berpeluang menyampaikan sebuah lagu untuk mereka.

“Sungguh tidak disangka, menghadiri majlis harijadi tetapi tidak menjangka akan dapat lagi kejutan lain malam ini.

“Bruce Grobbelaar dan Piala Liga Juara mereka berada di sini,” katanya.

 

birthday boy En.Wasi @aiza_mokhtar ,me & hubby with #liverpoollegends #liverpoolfans #youwillneverwalkalone #surprise #vivov5

A photo posted by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menerusi ruangan berkongsi gambar di media sosial, penyanyi Bukan Cinta Biasa itu memuat naik lima keping gambar sebagai tanda sokongannya terhadap kelab bolasepak itu.

Pada satu keterangan di imej yang lain pula, Siti berkongsi kisah bagaimana minatnya terhadap Liverpool bermula.

Katanya, minatnya kepada The Kop dipupuk sejak kecil.

“Apabila orang sekeliling bercakap tentang kehebatan #liverpool team ..Saya pun terikut minat terutama sekali Micheal Owen.

“Sampailah sekarang bila orang tanya tentang pasukan bola sepak luar negara , #liverpool tetap pilihan saya walaupun saya tak punya masa untuk mengikuti setiap perlawanan mereka.

“Tak sangka malam ni malam bertuah saya dapat berjumpa dengan #liverpoollegends seperti Bruce Grobbelaar, Robbie Fowler, Vladimir Smicer (tiada dlm gambar) & Patrick Berger (tiada dalam gambar),” katanya.

Siti turut berharap sekiranya Steven Gerrard - bekas kapten Liverpool - juga turut sama menghadiri acara malam tadi.

 

#liverpoollegends Robbie Flowler with #liverpoolfans ?????

A photo posted by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Selain Siti, antara penyanyi tanahair yang turut menjadikan Liverpool sebagai pasukan bola kegemarannya adalah Faizal Tahir.

Siti turut mengusik Faizal dengan memetik nama penyanyi Assalamualaikum itu pada dua keping gambar dimuat naiknya.

“Jangan cemburu ya!! @faizal_tahir,” katanya.