Anugerah Academy atau Oscar pernah mencetuskan kontroversi apabila ramai pelakon kulit putih dicalonkan, namun berbeza kali ini.

Kali ini, enam pelakon kulit hitam tercalon untuk anugerah itu, sekali gus melenyapkan boikot #OscarSoWhite sebelum itu.

Tahun lalu, kesemua 20 calon pelakon terdiri mendominasi Oscar. Kali ini empat daripada sembilan filem terbaik pula mengisahkan tentang warga Afrika-Amerika atau Asia.

Filem muzikal komedi romantik La La Land pula diumumkan mendapat 14 pencalonan, termasuk untuk kategori filem, pelakon lelaki, pelakon wanita, pengarah, skor dan lakon layar terbaik.

La La Land mengetengahkan kisah seorang wanita bercita-cita tinggi, dilakonkan Emma Stone dan kekasihnya seorang pemain piano jazz (Ryan Gosling).

Pencapaian itu menyamai rekod Titanic (1997) dan All About Eve (1950) yang mendapat pencalonan Oscar paling banyak.

Presiden Akademy Cheryl Boone Isaacs berkata pencalonan La La Land mencerminkan kualiti filem berkenaan.

“Saya fikir Hollywood gemar filem yang mempunyai skrip yang bagus dan pengarahan terbaik di samping mutu lakonan termasuk beberapa aspek lain, itulah yang menggambarkan 14 pencalonan,” katanya.

La La Land antaranya akan bersaing dengan filem berkaitan kehidupan rakyat kulit hitam Amerika Moonlight dan sains fiksyen Arrival.