Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Nilai kami tak semahal taja kelab bola sepak'

Walaupun sering menjadi duta produk dan muncul di kaca televisyen, pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya menafikan mereka layak dianggap sebagai antara keluarga selebriti terkaya di Malaysia.

Memang pintu rezeki pasangan itu selalu nampak terbuka buat anak kesayangan, Lara Alana yang berusia dua setangah tahun, tetapi bagi Awal kombinasi mereka anak beranak sebenarnya memberikan kelebihan.

“Kami bertiga mungkin ada nilai tersendiri dan apabila digabungkan untuk membuat kemunculan pada satu-satu masa, maka harga yang dibayar secara keseluruhan nampak mahal.

“Tetapi kadang-kala ada pihak hanya meminta satu (publisiti), tetapi mendapat tiga sekali gus termasuk publisiti menerusi akaun Instagram kami,” katanya.

Menurut Scha dia akan memastikan nilai bayaran yang diterima berpatutan dan setimpal dengan usaha dan kerja dilakukan.

“Bagi saya nilai berkenaan setimpal dengan keperluan yang diminta oleh syarikat yang menawarkan peluang dan ia tidak semahal menaja kelab bola sepak,” katanya.

Awal dan Scha ditemui pada majlis pelancaran produk wangian mereka Bleu dan Maroon yang menggunakan intipati dari Dubai di Hotel Majestic, Kuala Lumpur kelmarin.

Selain wangian, Awal turut mengumumkan penubuhan agensi kreatif Lawa Events yang menjalankan khidmat pengurusan acara.

Bukan jual anak

Dalam pada tawaran lumayan datang tidak putus-putus untuk Lara, tuah untuk anak kecil itu pula sering kali disalah tafsir sesetengah pihak.

“Ada kalanya mereka gemar menuduh saya menjual anak tapi rezeki yang ketuk pintu, kita ambil. Kalau tidak, pasti saya tidak berkemampuan untuk memberikan yang terbaik untuknya,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Awal menyatakan rasa rindu terhadap dunia lakonan membuatkan keinginannya untuk aktif semula dalam bidang itu semakin membuak-buak.

“Memang rindu nak berlakon tetapi nampaknya belum terima sebarang tawaran kerana ramai beranggapan fokus utama saya hanya pada bidang pengacaraan," katanya.

Namun kata Awal, sekiranya aktif semula berlakon, sebolehnya dia mahu mengelak untuk bergandingan bersama Scha kerana cara kerja mereka yang berbeza.

“Dia seorang yang mementingkan masa dan serius sedangkan saya pula suka tergelak-gelak dan ada kalanya banyak main,” katanya.

Lihat Komen
ADS