Dari kamar tidur Mariah Carey...
Bintang pop Mariah Carey mengadakan sesi Facebook secara langsung (Facebook Live) bagi menjawab pertanyaan para peminatnya.
Menariknya, sesi itu diadakan dari kamar tidurnya sendiri.
Dengan berpakaian agak seksi, Carey berbaring di atas katil bercadar putih, berlatarbelakang cahaya dan suasana penuh romantik.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'We Belong Together' itu turut merakam sesi soal jawab tersebut yang diadakan selama hampir setengah jam.
Pada kesempatan itu, Carey mengumumkan akan berlakon dalam filem "The Lego Batman Movie" dan bercerita mengenai projek akan datang.
Katanya, lagu terbarunya akan dilancarkan pada Jumaat, berjudul 'I Don't' yang merupakan duet bersama YG.
"Kami juga bekerja sama dengan Jermaine Dupri dalam lagu tersebut," kata Carey.
Sementara itu, penyanyi itu juga merancang mengeluarkan lebih banyak single berbanding album terbaru.
Bagi projek akan datang, Carey berkata dia akan bekerja dalam sebuah 'projek rahsia' bersama seorang artis yang merupakan 'teman baiknya'.
Namun, dia tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu, lapor Billboards.com.

