Apabila membuka mesin pencari Google hari ini, anda akan menemui ilustrasi seorang lelaki tua berambut putih dan berkaca mata sedang menggunakan mesin taip.

Lelak itu adalah Pramoedya Ananta Toer yang lahir pada tahun 1925 dan meninggal dunia pada 31 April 2006 akibat kompilasi diabetes dan penyakit jantung.

Google hari ini memberikan penghormatan kepada tokoh sastera kelahiran Indonesia yang ke-92 itu di Google Doodle.

Semasa hidupnya, Pramoedya yang lebih mesra disapa sebagai Pram telah menghasilkan pelbagai novel, cerita, jurnal dan buku sejarah.

Karya-karya yang pedas terhadap pemerintah itu membuatkan sebahagian besar hidupnya merengkok di balik jeriji besi sejak era penjajahan Belanda lagi.

Beliau juga dituduh komunis dan menghabiskan 30 tahun hayatnya sebagai tahanan politik di Pulau Buru di wilayah Maluku, Indonesia.

Dalam banyak-banyak karya, ada satu yang paling terkenal dan berjaya menembusi pasaran luar negara iaitu tetralogi Buru yagn terditi dari empat novel, iaitu Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca.

Ceritanya berkisah pada kehidupan Minke, nama lain dari Raden Mas Tirto Adhi Soerjo, yang dianggap sebagai tokoh oleh media dan kebangkitan nasional Indonesia.

Hingga saat ini, tetralogi itu masih dijual dan dibaca. Begitu juga beberapa karyanya yang lainnya, seperti Arok Dedes, Mangir, Bukan Pasar Malam, dan Gadis Pantai.

Lebih menarik, Pramoedya terkenal kerana mengarang karya-karya dalam tahanan dengan hanya mengarang dalam kepala dan menceritakan kembali kepada rakan-rakan tahanan.

Pada 1979, Pramoedya dibebaskan daripada tahanan selepas didapati tidak bersalah dan terlibat dalam Gerakan 30 September, yang dikatakan bertujuan menggulingkan presiden pertama Indonesia Soekarno.