Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak angkat baru Azharina meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 4:07 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Naluri keibuan penyanyi Azharina Azhar diuji begitu kuat apabila anak angkatnya yang berusia 23 hari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menerusi Instagram, Azharina berkongsi berita duka itu dengan memuat naik gambar Rizqie Azharin Azhar memakai baju berwarna kuning dan bertopi putih kepada peminatnya.

“Dari Dia kita datang, pada Dia kita pulang.

“Al Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya,” tulisnya.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga itu juga memberitahu anak kecil itu akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Batu 14 Puchong, selepas waktu Asar.

Media melaporkan Rizqie berada dalam keadaan kritikal akibat paru-paru dipenuhi susu, pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang.

Rizkie adalah anak kepada kenalannya yang dilahirkan dalam keadaan pra matang pada 5 Mac lalu.

Azharina yang berpisah dengan bekas suami sejak sembilan tahun lalu turut mempunyai seorang lagi anak angkat selain Rizkie iaitu Rahmad yang kini berusia dua tahun.

Lihat Komen
ADS