Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Juliana Evans, Tengku selamat bersatu
Diterbitkan:  Apr 30, 2017 4:58 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Pelakon dan pengacara Juliana Evans selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, hari ini.

Majlis pernikahan yang diadakan pada pukul 10.45 pagi itu dipercayai diadakan di sebuah tempat tertutup di Shah Alam, Selangor.

Juliana selamat diijab kabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz.

Bercakap selepas majlis itu, Juliana meluahkan kesyukuran kerana hari bersejarah itu berjalan lancar dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-belah pihak.

"Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga.

"Dan saya berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.

Jelas Julia atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, walaupun bergelar isteri kepada kerabat, perjalanan karier sebagai seorang anak seni tetap akan diteruskan seperti biasa.

Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Mohd Rasid Mahful.

Pelakon filem Bella dan Jamie itu tidak mengikat tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Mereka mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Majlis resepsi pasangan itu dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS