Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Ayah akan rindu nak baca Quran dengan Syahid, nak...'
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 11:23 AM
Dikemaskini: 3:32 AM

“Syahid...Ayah akan rindu nak baca Quran dengan Syahid lagi naaak,” begitu luahan anggota UNIC Bazli Hazwan Che Osman kepada arwah anaknya yang baru saja meninggal dunia pagi ini.

Syahid yang berusia tiga tahun lapan bulan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas menderita kanser kelenjar tahap tiga sejak Januari lalu.

Bazli sebelum itu berkongsi berita sedih pemergian anaknya itu kira-kira pukul 8 pagi tadi menerusi status dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…,” tulisnya.

Syahid_bintangsyurga adalah nama akaun Instagram yang dibuat untuk anaknya itu dan memiliki seramai 31.9 ribu pengikut setakat pagi ini.

Menerusi status dimuat naik kira-kira sejam kemudian, Bazli berkata, jenazah Syahid akan disembahyangkan di Masjid Jamek Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.

Jenazah Syahid akan dikebumikan selepas Zohor.

Ketika Syahid disahkan mengidap kanser, Bazli terpaksa melupakan kesedihannya buat seketika bagi menumpukan fokus di atas pentas pentas Gema Gegar Vaganza.

Kumpulan UNIC berjaya meraih gelaran Juara musim pertama apabila menewaskan lima bintang lain.

Lihat Komen
ADS