Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Rihanna bercinta dengan lelaki Arab Saudi pula
Diterbitkan:  Jul 3, 2017 6:55 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Penyanyi RnB terkenal Rihanna dilaporkan sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan dari Arab Saudi.

Beliau yang terkenal dengan lagu “Umbrella” dan “Diamonds” itu dilaporkan bercinta dengan Hassan Jameel, pegawai kanan di syarikat pengedar kereta Toyota terbesar di negara itu.

Keluarga Hassan dilapor memiliki kekayaan sebanyak AS$1.5 bilion dolar.

The Sun United Kingdom mendedahkan beberapa keping gambar aksi Hassan berpelukan dan bercium dengan Rihanna di sebuah kolam renang ketika bercuti di Sepanyol.

The Independent pula melaporkan, Hassan menerima kecaman perkauman kerana bercinta dengan Rihanna.

Arab Saudi terkenal sebagai negara umat Islam yang keras pengamalan agamanya, termasuk tidak membenarkan wanita memandu kenderaan atau keluar rumah tanpa ditemani muhrim.

Sementara itu, terdapat juga laporan mendakwa Hassan sebenarnya anggota kerabat istana Arab Saudi, walaupun ia kemudiannya didapati tidak benar.

Lihat Komen
ADS