Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Lizzy: Murung tak semuanya kerana putus cinta
Diterbitkan:  Aug 10, 2017 10:56 PM
â‹…
Dikemaskini: 2:58 PM

Penyanyi Elizabeth Tan menjelaskan beberapa tajuk berita yang menyebut beliau putus cinta sehingga mahu membunuh diri adalah tidak tepat.

Mengakui mengalami kemurungan dan tertekan, dia yang membahasakan dirinya sebagai Lizzy bagaimanapun berkata ia bukan semuanya disebabkan putus cinta.

“Saya lalui beberapa perkara dalam tiga tahun terakhir yang Lizzy dah lama pendam dan isu cinta itu hanya jadi pencetus untuk semuanya.

“Tetapi jangan bimbang, saya jauh lebih baik sekarang,” kata Lizzy.

Menulis di Instagram, Lizzy berkata hari demi hari membuatkan beliau makin baik.

“Yang paling penting, Lizzy serius belajar banyak sangat daripada semua pengalaman pahit dan juga manis.

“Heheh. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua!” katanya.

 

Hello you alls. Lizzy nk buat pembetulan sikit yer, sbb baru dpt tahu ada beberapa headlines keluar harini mengatakan lizzy kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri hahahaha headline tu x betul, so harap semua jgn salah faham tau 😅😅😅 . . Memang betul lizzy ada mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ni, which is why I took a short break early this year tapi bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta. I have been going through some things over the past 3 years yg Lizzy dah lama pendam dan isu cinta tu hanya jadi pencetus utk semuanya. . . But dont worry, Im a lot better now. 😊 Time really does heal. Yg paling penting, is that Lizzy seriously belajar bnyk sngt dari semua pengalaman pahit dan juga manis heheh thank you all so much for all the support! 😗😗😗

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on

Lihat Komen
ADS